Ibu Durjana! Rakam dan jual video anak sendiri ke laman web 'Haram'
Seorang wanita didakwa merakam dirinya melakukan penderaan seksual terhadap anaknya yang berusia empat tahun sebelum menjual video berkenaan di dalam talian.
Memetik dari sumber Mirror, suspek yang berusia 26 tahun itu didakwa menjual semua video berkenaan di sebuah web 'Gelap'.
Menurut laporan polis, suspek ditahan selepas polis anti-siber menemui lambakan video jijik itu di dalam komputernya ketika menggeledah kediamannya di Vinnytsia, Ukraine.
Selain video, wanita itu juga didakwa menjual gambar penderaan terhadap kanak-kanak itu di laman berkenaan.
Hasil siasatan mendapati suspek menjual setiap klip video terbabit pada harga 3,000 hryvnia (RM457). Keseluruhannya, dia telah menjual hampir 30 video dan meraih keuntungan sebanyak 90,000 hryvnia (RM13,706).
| Alat mainan yang digunakan sebagai latar belakang video - Mirro |
Ketika polis menggeledah kediamannya, suspek mengakui didekati seorang wanita yang menawarkan pekerjaan kepadanya menerusi emel.
Menurutnya, dia diarahkan untuk mencari mangsa yang rela terbabit dalam kegiatan jijiknya itu untuk mendapatkan wang sebagai ganjaran.
Katanya, wanita itu menyuruh suspek merakam video kanak-kanak berkenaan ketika ibu bapa mereka tiada di rumah atau dia boleh menjemput mangsa ke rumahnya bagi sesi rakaman itu.
Dipercayai suspek enggan melakukannya, namun bersetuju apabila wanita terbabit mencadangkan dia menggunakan anaknya sahaja.
Sebelum ini, suspek dikatakan terbabit dengan kegiatan pelacuran untuk menampung kos sara hidup.
Suspek berdepan tuduhan merogol, melakukan penderaan terhadap kanak-kanak, menghasilkan dan menyebarkan bahan pornografi.
Bagi semua kesalahan itu, dia boleh dipenjara hingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Difahamkan, anaknya kini menghadiri sesi kaunseling dan akan diserahkan ke rumah anak yatim.